Aku dan kawan-kawanku sedang bercerita tentang hutan di belakang taman permainan yang dikatakan didalamnya ada sebuah rumah yang sudah lama tidak dihuni.Khabarnya,rumah itu berpuaka atupun "keras".Aku dan kawan-kawanku juga mendengar bahawa sesiapa sahaja yang masuk ke dalam hutan itu tidak ada yang pernah pulang dengan selamat.Aku dan kawan-kawanku iaitu Sasha dan Tania tidak percaya dengan cerita itu,bagi kami,cerita itu hanya karut semata-mata.
                        
           Aku,Sasha dan Tania bercadang untuk membuktikan kepada penduduk kampong bahawa semua cerita itu tidak benar.Kami pun mengatur strategi bagaimana untuk masuk ke hutan itu tanpa pengetahuan ibu-bapa kami.Setelah semuanya selesai kami atur,kami berjanji untuk melaksanakannya esok.Kami pun pulang ke rumah masing-masing.
        Aku memberitahu kepada kedua orang tua ku bahawa pada esok hari aku tidak dapat ikut serta bersama kedua ibu-bapaku pergi ke luar daerah untuk melawat saudaraku.Bapaku bertanya,"Kenapa kau tidak dapat turut bersama?".Aku menjawab,"Aku ada kelas tambahan di sekolah".Bapaku membenarkan ku.Sama seperti Sasha dan Tania,mereka pun menipu ibu-bapa mereka sepertiku.
               Pada keesokan harinya,kami pun berjumpa di tempat yang sudah kami janjikan semalam.Aku masih merasa bersalah kerana telah menipu kedua orang tua ku.Aku,Sasha dan Tania mula masuk ke dalam hutan yang kononya berpuaka itu.Di dalam perjalanan kami menikmati keindahan flora dan fauna sambil menghirup udara yang segar.Setelah lama berjalan,kami pun berehat seketika.Sedang kami berehat,kami menikmati bekalan kami.Tiba-tiba aku merasa ingin menikmati air terjun yang tidak jauh dari kami,kira-kira 5 km dari tempat kami berehat.Aku pun terus ke sana dan memberitahu Sasha dan Tania.Mereka juga turut bersama ku.Sewaktu di perjalanan,tidak semena-mena,aku tersadung kayu yang berduri.Lalu aku terjatuh dan kakiku terseliuh dan luka.Aku tidak dapat berdiri untuk meneruskan perjalanan.
                 Aku meminta tolong kepada Sasha dan Tania untuk pergi keluar hutan itu dan mendapatkan pertolongan.Mereka pun berlalu pergi,tinggalah daku seorang diri di hutan yang serba menakutkan ini.Sudah hampir satu jam mereka [ergi tapi masih belum ada apa-apa bantuan yg datang mendekatiku.Aku pun berusaha untuk berdiri dan berjalan.Keadaan ku yang sakit ini membuatkan aku tidak mampu untuk berdiri dan memulakan perjalanan,sudah ku cuba tapi tetap jatuh.Aku sudah tidak tahan lagi untuk menahan kesakitan ini.Tiba-tiba aku penglihatan ku kabur dan aku terus pengsan.
                Sewaktu ku sedar aku sudah berada di hospital terlantar di atas katil.Di sampingku,ada kedua ibu-bapaku serta Sasha dan Tania.Aku menangis teresak-esak menyesali perbuatan ku yang telah menipu ibu-bapaku dan aku berasa amat menyesal dan terus meminta maaf kepada kedua orang tua ku.Semenjak kejadian itu aku tidak berani untuk menipu mereka.
                  Berdasarkan cerita ini kita semua mendapat pengajaran iaitu jangan menipu orang tua kita walau apapun jua keadaannya.Jika kita melakukannya,kita akan mendapat pembalasan yang setimpal di dunia mahupun di akhirat.
              
                                                                                                                                   Written by: ~AZ~
                                          -------------------------------------------------------------
              Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa pada malam itu.Aku dan adikku berada di luar rumah kerana ingin menyiapkan sebuah replika rumah.Kami tidak mahu menciptanya di dalam rumah kerana ibu selalu bising disebabkan ruang tamu yang selalu kotor dan tidak teratur selepas kami belajar atau membuat projek yang diberikan cikgu.Jika ku membuatnya diluar rumah pasti aku akan mengemasnya kerana aku paling takut kepada ayahku yang pemarah,jika kami mengotori halaman luar pasti akan diceramahi berjam-jam oleh ayah.
                       
                 Tiba-tiba adikku dan saudaraku yang menginap di rumahku keluar rumah.”kakak-kakakku ,aku dan Fatimah mahu menemani kamu berdua,boleh tak?”,tanya adikku.Aku yang sibuk dengan kerja-kerjaku hanya menjawab sepatah kata.”Ya~”,aku pun terus menyambung kerjaku.Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam,adik-adikku dan saudaraku si Fatimah pun sudah masuk ke dalam kerana mereka sangat penat dan mengantuk,tinggalah daku seorang diluar.Aku ditemani dengan lagu-lagu yang berkumandang daripada  I-pod Touchku supaya aku tidak berasa sunyi atau takut.
              Sedang leka membuat kerja,ibuku pula memanggilku,”Yasmin,masuklah kedalam,sudah larut malam ni”,ujar ibuku.”Tak apalah ibu,aku ingin menyiapkan replika ini,malam masih muda”,jawabku sambil ketawa.Ibuku berkata lagi,”besok boleh sambung,masuklah nak,kau tu belum solat Isyak lagi”.”Ya,ya,sekejap lagi la bu”,jawabku endah tak endah.Ibuku pun terus berlalu pergi ke tingkat dua.Aku menyambung kerjaku.
                Tiba-tiba ada seseorang  berbaju putih melintas di depanku secepat kilat.”Ah! mungkin bayangan ku saja tu”,hatiku berkata.Tanpa menghiraukan,aku terus membuat replika ku.Kemudian aku terasa seseorang memegangku dari belakang.Lantas aku memandang kebelakang dan mendapati tiada sesiapa disana.”Hrrrmmm…..memang la setan ni,ganggu je la”,ujarku.Tidak lama kemudian,terasa seseorang berdiri disebelahku sambil mengusap-usap rambutku dengan ketawanya bak hantu Langsuir.
              Dalam keadaan takut yang teramat sangat,aku pun terus mengambil I-pod Touchku langkah seribu masuk ke dalam rumah menuju ke bilik tidurku.Keesokan paginya,ibuku mendapati mukaku pucat bak mayat dan badanku panas.”Eh?Demam nampaknya kau ni nak,apa dah jadi?semalam ok  je ibu tengok”,tanya ibuku.Aku pun ceritakan segalanya dari pangkal hingga ke hujungnya,akan tetapi,ibuku ketawa terbahak-bahak.”Itulah,kau tak nak dengar cakap ibu semalam,degil lagi”,ujarnya sambil tertawa.
              Setiap kali ku ingat peristiwa itu pasti aku berasa fobia dan takut untuk keluar rumah sendirian di waktu malam.Kedegilan seseorang hanya akan mendatangkan masaalah dan bencana kepada dirinya.Seseorang itu hendaklah selalu menerima nasihat orang lain dan patuh kepada orang tua mereka.Malang sekali akulah manusia yang bersikap degil malam itu,replika tidak siap ku buat solat Isyak pun tertinggal.Rugi sungguh aku.
                                                                               Written by: ~ERa~
                   -------------------------------------------------------------------------------
                   “Bam!”,bunyi itu membuatku tersentak seketika.Aku nampak ada benda yang terjatuh dari atap rumahku.Waktu sudah larut malam dan jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.Seperti biasa,aku bermain permainan video ku dari jam 9 malam hingga ke 2 ke 3 pagi.Kebiasaanya,aku akan ditemani oleh adikku berjaga hingga lewat malam.Tetapi hari ini adikku memberi alasan untuk tidur lebih awal.
Jantungku berdegup kencang setelah melihat banda yang jatuh tadi,”Nampak macam kain putih lah!”,hatiku berdetik.Aku meneruskan permainan video tanpa menghiraukan kejadian tadi.Aku mengandaikan yang tadi ku lihat it hanya hayalanku.Aku bermain dan terus bermain,pada ketika itu aku terdengar dengan jelas ada sesuatu mengetuk jendela rumahku.Selalunya,aku akan membuka pintu jendela untuk membiarkan udara luar masuk kedalam bilikku,tapi kali ini ku biarkan saja ia tertutup begitu.
                   Ketukan itu agak kuat dan menjadi semakin kuat dan nyaring,tetapi setelah aku melihat ke pintu jendela,aku tidak nampak sesuatu yang pelik,hanya malam yang sepi dan langit yang dihiasi bintang-bintang sahaja.Aku berasa hairan,fikiranku yang mulanya tenang menjadi kacau-bilau.Tiba-tiba,meremang bulu romaku kerana aku merasa ada sesuatu yang memerhatikan gerak-geriku.Suasana malam menjadi suram sepi dan mengerikan.Ada sesuatu sesuatu yang memaksaku melihat ke jendela bilikku.
                Tanpa ku sangka-sangka,aku terlihat sesuatu lembaga yang amat menakutkan.Di depanku “Pontianak”!,rambutnya panjang mengurai ke lantai mukanya penuh dengan ulat-ulat yang keluar daripada lubang-lubang di mukanya serta darah,taringnya tajam bagaikan hantu dalam cerita Kuntilanak yang ku tonton pada malam sebelumnya.Ditambah lagi dengan darah yang mengalir dari mulutnya,fuh! sungguh menakutkan!
               Pandangannya yang tajam membuatku menggeletar.Tanpa melengahkan waktu,aku terus mencuba membaca ayat-ayat suci Al-quraan yang ku hafal,tetapi lidahku kelu.Aku tidak dapat berkata-kata dengan lidah,hanya dengan hati,badanku juga tidak dapat bergerak dari jendela memandang Pontianak itu,hanya tuhan saja yang tahu perasaanku ketika itu.”Kau takkan dapat menghalauku! Aku tak takut!,Aku tak takut langsung!”kata lembaga hina itu kepadaku.Walaupun takut melanda diriku,ku gagahkan diriku untuk melawan lembaga hina itu dengan membaca ayat-ayat Al-Quraan.Dengan kuasa Allah,hantu itu pun hilang sekelip mata.Ia lenyap dengan hilai tawanya yang menyeramkan.
             Selepas itu,terus ku tutup permainan video ku dan masuk tidur,takut lembaga itu datang lagi.Pada keesokan harinya,ku ceritakan kejadian ini kepada kawan-kawanku,malangnya mereka menambahkan rasa takutku,maklumlah,kawan-kawanku semuanya nakal seperti ku jua.Sejak kejadian yang malang itu,tidak lagi,atau tidak akan lagi ku tidur lewat.
                                                                                                                        written by: Aza****
P/s:Hanya rekaan semata-mata.....and actually,this is our excercise on Malay Composition,hahahaha~ XDD